Monday 1 February 2016

Melaka River Cruise

Melaka River Cruise
(Jarak perjalanan 9.6km dari HetamPuteh Homestay)


Melaka River Cruise yang dilancarkan pada tahun 2008 memberi peluang kepada anda dan keluarga menyusuri sungai bersejarah yang pernah terkenal sebagai pusat aktiviti perdagangan di Asia Tenggara.

Sambil bot anda menyusuri sungai, anda akan dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka.
Anda juga akan dapat melihat keadaan Kampung Morten yang kerap diberi jolokan ‘muzium hidup’ sewaktu di dalam cruise berdurasi 45 minit ini.

Menaiki Melaka River Cruise pada waktu malam sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa pasti akan menjadi kenangan manis dan romantis untuk anda yang berbulan madu.

Tips
Waktu terbaik menaiki Melaka River Cruise ialah pada waktu malam. Ia lebih sejuk dan anda juga boleh melihat kerlipan lampu warna warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampung Morten.

Jika anda tidak mahu menaiki river cruise ini, terdapat laluan pejalan kaki di sepanjang sungai yang boleh anda terokai.

Jeti
Anda boleh menaiki bot ini dari :-
1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus



‪#‎homestay‬ 
#‎homestaymelaka‬ 
#‎homestaybukitkatil‬ 
#‎hetamputehhomestay‬ 
#‎melakarivercruise‬

No comments:

Post a Comment