Monday 1 February 2016

The Shore Sky Tower Melaka

The Shore Sky Tower Melaka
( Jarak perjalanan 8.7km dari HetamPuteh Homestay)



Jangan datang kalau gayat!!!

Ini sahaja yang boleh kami katakan tentang tarikan terbaru Melaka ini — iaitu The Shore Skytower.
Di bangunan setinggi 42 tingkat ini anda boleh berjalan di atas jambatan dan melihat panorama bandar Melaka. Ada juga menara tinjau yang lantainya dibuat dari kaca untuk anda menjengah ke bawah. Tapi awas, kalau anda takutkan tempat tinggi, mungkin tarikan di bangunan tertinggi Melaka ini bukan untuk anda.



Nota Pengunjung
1. Anda boleh bergambar di mana-mana. Tetapi di kawasan menara tinjau dengan lantai kaca, anda tidak boleh bergambar dengan kamera sendiri. Bayaran RM 45 dikenakan untuk tempat istimewa ini.
2. Untuk ke Skytower di The Shore Melaka ini, naik lif dan transit di tingkat 3A.
3. Jika anda sudah letih atau panas di atas, turun ke bawah untuk bershopping sakan di pusat beli belah baru Melaka — The Shore Shopping Gallery.




#‎homestay‬ 
#‎homestaymelaka‬ 
#‎homestaybukitkatil‬ 
#‎hetamputehhomestay‬ 
#‎theshoreskytowermelaka
 

No comments:

Post a Comment